Kematian ikan Sungai_Melaka

Terdapat beberapa kes kematian hidupan sungai berlaku dan berulang – ulang. Pada April 2016, kematian ribuan ikan dilaporkan akhbar Berita Harian. Kejadian berulang kembali pada Disember pada tahun yang sama. Sebelum itu pada April 2014, dan Januari 2010.[4] Menurut penduduk sekitar sungai tersebut, kejadian seumpama ini telah berlaku lebih 5 kali sebelum ini. [5] Punca kematian hanya diandaikan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai kekurangan oksigen dalam air. Andaian-andaian lain yang mendorong kekurangan oksigen adalah seperti pencemaran organik, air sungai tidak bergerak dan juga pertembungan air laut dan sungai.

Jabatan Alam Sekitar negeri memaklumkan hasil kajian merumuskan tiada unsur pembuangan sisa industri ditemui. [6]